Sabtu, 25 Mei 2013

Baby Muhammad Haris Lutfi on 25th Mei 2013

gambar Haris yang paling mama suka
Alhamdulillah, syukur ku ke hadrat Illahi kerana Allah telah mengurniakan kami seorang anak lelaki yang sangat comel...diberi nama Muhammad Haris Lutfi yang dilahirkan pada 25 Mei 2013 pada 1.29am di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Segala kenangan suka dan duka semasa mengandung dan melahirkan Haris adalah satu kenangan indah dalam hidup aku. Merasai saat sakit ketika melahirkan Haris adalah salah satu nikmat buat aku. Walaupun sakit bersalin ibarat nyawa dihujung tanduk, tapi saat Haris dilahirkan dan aku sendiri mendengar Haris menangis, menyebabkan hati aku saat itu terasa sangat sayu.n Paling sayu sekali aku melihat mata Haris, dia lihat aku dan aku tengok mata Haris...Ya Allah...saat tu aku rasa nak nangis. Baby aku dah buka mata n tengok keadaan sekeliling. Paling bersyukur sekali ialah suami aku ada disamping aku dan mengazankan sendiri di telinga Haris, Alhamdulillah, itu adalah doa dari kami suami isteri dan Allah telah perkenankan supaya suami aku sempat melaungkan azan ditelinga Haris sendiri. Banyak kisah suka duka sebelum aku melahirkan Haris. kisah melahirkan Haris akan aku ceritakan dalam part lain...ini adalah gambar Haris Lutfi di wad Kenanga...banyak2 gambar, gambar ni paling aku suka...sebab aku suka tengok mata n mimik mulut Haris time nih, tersangat comel anak mama n papa ni....Mama dan Papa berdoa semoga Haris dapat menjadi insan yang soleh dan beriman serta berjaya dunia akhirat...Haris yang soleh adalah penyejuk hati Mama dan Papa, sayang Haris..

0 ulasan:

Catat Ulasan